Ramai yang telah sedia maklum mengenai sistem suntikan bahan api ini. Tetapi tahukah anda bahawa sistem suntikan bahan api ini telah pun wujud sejak dari tahun 1950-an lagi. Sistem suntikan bahan api ini telah digunakan secara meluas pada kereta dan kenderaan keluaran Eropah sejak tahun 1980-an.
Kalau pada masa dahulu, kita hanya tahu kereta atau kenderaan hanya dilengkapi dengan sistem karburator yang sangat popular sebagai sistem suntikan bahan api. Setelah sekian lamanya, sistem karburator merupakan sistem yang berperanan membekalkan bahan bakar pada bahagian dalaman enjin. Namun, dengan perkembangan yang amat pesat serta teknologi yang canggih dalam dunia pemotoran, sistem karburator ini tidak lagi mampu untuk mengiringi fungsi-fungsi enjin yang serba baru dalam era moden yang serba canggih ini.
Pada awalnya, sistem suntikan bahan api yang menggunakan throttle body atau lebih dikenali sebagai central fuel injection system telah menggantikan sistem suntikan bahan api karburator yang lama. Di mana, sistem suntikan bahan api ini menggabungkan pengawalan secara elektrikal injap fuel-injector ke dalam throttle body.
Tidak lama selepas itu, berikutan perkembangan teknologi, sistem throttle body fuel injection ini telah diganti pula dengan sistem suntikan bahan api yang lebih maju iaitu multi-port fuel injection. Sistem suntikan bahan api ini mempunyai satu injektor untuk setiap satu silinder enjin. Sistem suntikan bahan api ini melakukan penyuntikan bahan bakar terus pada injap kemasukkan atau lebih dikenali sebagai inlet valve. Sistem suntikan bahan api ini telah dikaji dan dicipta mengikut perkiraan yang tepat membolehkan ia menyuntik bahan bakar bagi menghasilkan tindakbalas yang cepat.
Kini, kita boleh melihat semua kenderaan termasuk kereta dan motor dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api. Ini sejajar dengan kemajuan dan pembangunan teknologi yang semakin canggih, di mana pelbagai kenderaan telah dicipta mengikut pelbagai fungsi untuk melakukan sesuatu kerja yang tentunya memerlukan sistem suntikan bahan api yang lebih stabil dan menjimatkan. Dengan itu, kenali sistem suntikan bahan api bagi setiap kenderaan yang anda miliki mengikut kepada fungsi dan penggunaannya.